Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Silat Tingkatkan Jati Diri Anak Muda

By 28 April 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafiz (Kuantan)

KUANTAN, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Seni mempertahankan diri mampu meningkatkan jati diri di kalangan anak muda.

Menurut Penghulu Mukim Penor Mohd Ismail Zulkafly, selain mempelajari ilmu mempertahankan diri, aktiviti silat juga mampu meningkatkan jati diri.

Persembahan silat oleh pesilat-pesilat LingkaranĀ GerakĀ Lian

ā€œMelalui silat, ia melatih kita untuk lebih berdisiplin dan di sinilah kita mampu meningkatkan jati diri kita sebagai individu yang lebih cergas dan proaktif,ā€ katanya ketika ditemui semasa Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Lingkaran Gerak Lian Megat Alam D’laut, di sini, semalam.

Tambahnya lagi, ilmu persilatan ini dapat memberi manfaat dari segi kesihatan badan, rohani dan jasmani.

Beliau turut mengalu-alukan penyertaan terutamanya dari kalangan anak muda tempatan untuk mempelajari ilmu persilatan agar warisan budaya Melayu tidak pupus ditelan zaman.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda