Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Rasmi FLOODCOM: Inovasi Tangani Banjir

By 25 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham (Jerantut)

JERANTUT, 15 Apr (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan FLOODCOM (Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung) di Kampung Bantal, di sini hari ini.

Taklimat FLOODCOM kepada Sultan Pahang.

Pelancaran ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam usaha negara menghadapi bencana banjir dengan pendekatan lebih moden dan efisien.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, FLOODCOM sebenarnya sudah mula digunakan sejak Disember tahun lalu dan terbukti sangat membantu sepanjang musim banjir yang melanda baru-baru ini.

“Pusat gerakan terapung ni bukan saja menunjukkan keupayaan kita urus bencana, tetapi juga hasil inovasi anak tempatan dengan bantuan teknologi terkini,” katanya kepada Malaysia Aktif.

FLOODCOM di Kampung Bantal, Jerantut.

FLOODCOM dibangunkan hasil kerjasama rapat antara APM dan Yayasan Inovasi Malaysia.

Ia diperbuat daripada bahan biokomposit yang mesra alam dan dilengkapi dengan modul apungan RX-HDPE yang tahan lasak.

Baginda Tuanku turut menyuarakan harapan agar usaha sebegini terus jadi inspirasi untuk langkah-langkah lebih inovatif demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat pada masa depan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda