Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sungai Inki Tarikan Pelancongan Alam Semula Jadi

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor)

KALUMPANG, 23 Apr (MalaysiaAktif) – Sungai Inki Kalumpang merupakan destinasi pelancongan berkonsepkan alam semula jadi yang hanya mengambil masa selama satu jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur, kini semakin mendapat perhatian sebagai lokasi perkelahan yang menarik.

Aktiviti pengunjung yang hadir dikawasan perkelahan Sungai Inki, Kalumpang.

Menawarkan ketenangan serta keindahan alam semula jadi, Sungai Inki berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat dengan mampu menarik pelancong tempatan yang ingin mencari pengalaman unik dalam suasana hutan yang menenangkan.

Salah seorang pengunjung, Iqbal Ahmad, 30, berkata beliau memilih untuk berkhelah di Sungai Inki bagi menikmati keindahan alam sekitar, terutamanya keunikan hutan berhampiran sungai.

“Udara yang segar, ketenangan alam, serta peluang mandi di sungai yang jernih tanpa pencemaran menjadikan pengalaman ini sangat berharga,” katanya, di sini hari ini.

Jambatan gantung laluan para pengunjung Sungai Inki.

Tambahnya, lokasi ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat perkelahan dan percutian, tetapi juga mampu memberi impak positif kepada ekonomi setempat.

“Pengurusan yang baik serta promosi yang berterusan, Sungai Inki ini boleh menjadi nadi pembangunan ekonomi dalam masa sama meningkatkan taraf hidup penduduk setempat serta menjadikan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang terkenal,” ujarnya.

Keunikan ekosistem semula jadi Sungai Inki ini berpotensi menjadi salah satu produk pelancongan, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan di Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda