Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tarian Singa Sambut Keberangkatan Kembara Pahang 1.0

By 26 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akma Laily Hamdan (Maran)

MARAN, 22 Apr (MalaysiaAktif) – Tarian Singa menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyertai Kembara Pahang 1.0, di sini semalam.

Baginda Tuanku beramah mesra bersama penari singa.

Menurut Ketua Kelab Sukan Hong De, Chow Lam Seng kelabnya amat berbangga kerana dapat membuat persembahan di hadapan Baginda Tuanku.

“Kami merasa amat berbangga kerana dapat membuat persembahan tarian singat di hadapan Sultan Pahang dan ini merupakan kenangan yang sangat manis,” katanya semalam.

Kembara Pahang 1.0 melibatkan tiga daerah iaitu Maran, Bera dan Temerloh.

Kembara Pahang 1.0 bermula semalam hingga 24 April ini yang melibatkan tiga daerah iaitu Maran, Temerloh dan Bera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda