
Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 11 April (MalaysiaAktif)-Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru berjaya memeriahkan Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai di balairaya kampung tersebut.

JAPEN Bau melaksanakan promosi DBOOK PENERANGAN kepada peserta program di balai raya Kampung Peninjau Baru semalam.
Selain menjadi platform meningkatkan kesedaran berkaitan keselamatan dalam talian dan hentikan buli siber, program tersebut merupakan aktiviti anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau bersama komuniti berkenaan bagi memperkukuhkan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru, Desmond Andrin Aloi, 67, program berkenaan penting bagi meningkatkan kesedaran komuniti berkaitan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa.
Terdahulu, Desmond mengingatkan Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadi mangsa scam E-Dagang.
“Saya menyeru kepada Komuniti MADANI Kampung Peninjau Baru agar sentiasa berhati-hati dalam perkara ini selidik penjual untuk memastikan kesahihannya selain jangan klik pautan yang mencurigakan untuk pembelian, ” katanya yang turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman semalam.

Sumardi menyampaikan ceramah Rukun Negara, Inisiatif Kerajaan dan Isu-Isu Semasa di sini semalam.
Dalam perkara berkaitan, Desmond mengingatkan ahli-ahlinya tidak melakukan buli siber yang boleh mencipta luka di hati orang lain sebaliknya menghentikan keganasan maya dan menjadi pengguna internet yang bijak dan beretika.
“Semua pihak mempunyai peranan dan tanggugjawab dalam soal ini iaitu jangan menyalahguna teknologi untuk tujuan yang tidak sepatutnya sebaliknya gunakannya untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya lagi.
-RJ-