Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tradisi Rumah Terbuka Syawal Eratkan Perpaduan Sesama Masyarakat

By 18 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari a/p Anbazagan/Wan Muhammad Afiq (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 April (MalaysiaAktif) – YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai telah meraikan masyarakat di sekitar Parlimen Lembah Pantai dengan kehadiran 4,000 orang dalam suasana yang meriah sempena dengan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada Sabtu malam.

Ucapan daripada YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai

“Sambutan kali ini bukan sahaja meriah dengan juadah makanan dan persembahan, namun begitu saya sungguh teruja melihat kehadiran dan kemesraan pelbagai lapisan masyarakat majmuk di Lembah Pantai berkumpul meraikan Sambutan Aidilfitri dengan aman dan harmoni,” katanya ketika berucap di hadapan warga Lembah Pantai.

Sesi temuramah bersama media

Ujarnya lagi majlis ini bukan sahaja sekadar jamuan semata-mata, namun begitu ianya merupakan medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim pelbagai kaum dan semangat kejiranan yang utuh.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membantu 5.4 juta rakyat bagi membeli keperluan barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat dan peralatan persekolahan.

Rumah terbuka tersebut turut diceriakan dengan persembahan PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia, pertunjukan bunga api dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak selain pelbagai sajian makanan tradisi.

-AA-

Tinggalkan komen anda