Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

TVET Digital Peluang Baharu untuk Lepasan SPM

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memperkenalkan inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Digital sebagai platform pembelajaran baharu yang inklusif dan fleksibel khususnya kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ulaimi ketika ditemu bual sempena program Influencer@JAPEN Johor di pejabat Penerangan Negeri Johor.

Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Ulaimi Yahya, berkata TVET diperkenalkan bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.

“Politeknik dan Kolej Komuniti terus komited melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, memiliki asas teori yang kukuh dan kemahiran praktikal yang menepati keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran mereka,” katanya ketika ditemu bual sempena program Influencer@JAPEN Johor di Jabatan Penerangan Negeri Johor, semalam.

Ulaimi bersama tenaga kerja Influencer@JAPEN Johor dan pegawai-pegawai dari Politeknik Ibrahim Sultan.

Tambah Ulaimi, dua inisiatif telah dilaksanakan dalam memacu dimensi baharu program pengajian POLYCC iaitu Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan, program ini merupakan persediaan khusus bagi pelajar lepasan SPM.

“Kedua adalah inisiatif Program Gagal Lulus SPM (GALUS) yang bertujuan untuk memperluas akses pendidikan kepada golongan yang tidak mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pengajian sama ada di peringkat sijil atau diploma,” katanya.

Dalam pada itu, Ulaimi turut memaklumkan bahawa Festival Idea TVET (FESTiVET 2025) akan dianjurkan pada 7 hingga 8 Mei ini di Politeknik Ibrahim Sultan, melibatkan empat program utama iaitu IDeA, Viscom 4.0, Jom Masuk PolyCC dan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda