Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

TVET Usaha Memperkasakan Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Pelajar

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/KKBDA (Kedah)

JITRA, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Festival TVET 2025 (FestTVET) dianjurkan bagi meraikan dan mempromosikan kepentingan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional dengan menghimpunkan para penggiat TVET dalam satu program bersifat pertandingan dan perkongsian ilmu.

Antara tetamu yang hadir di Majlis Penutup FesTVET 2025.

Pengarah Kolej Komuniti Bandar Darulaman Salmah Ijam, berkata pihaknya amat berbesar hati menjadi tuan rumah festival tersebut.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti sumo robot, pembentangan penyelidikan, simulasi keusahawanan dan pertandingan inovasi,” katanya semasa ucapan aluan Majlis Penutup FesTVET 2025 di Dewan Tunku Anum, di sini semalam.

Program FesTVET 2025 dapat menyuburkan budaya penyelidikan dan inovasi, memupuk minat terhadap bidang teknikal dan vokasional dalam kalangan pelajar serta komuniti dan mempromosikan peranan serta fungsi Kolej Komuniti Bandar Darulaman sebagai rakan strategik kepada masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda