Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Warga PDK dan OKU Dihargai di Kluang

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad

KLUANG, 25 Apr (MalaysiaAktif) – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kluang telah menganjurkan Majlis Semarak Kasih Aidilfitri bagi meraikan pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), warga kerja JKM serta rakan strategik, di sini semalam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang turut menyempurnakan perasmian program.

Dr. Noraini ketika berucap merasmikan majlis.

Dalam ucapannya, Dr. Noraini merakamkan penghargaan kepada pihak JKM atas usaha berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan penuh keikhlasan kepada golongan sasar.

“Saya amat menghargai komitmen Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sentiasa prihatin dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa terbela, seterusnya merapatkan hubungan antara JKM dan masyarakat,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, Dr. Noraini turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik JKM daerah Kluang serta menyerahkan Surat Kelulusan Bantuan Kewangan Bulanan dan Bakul Makanan kepada 10 penerima baharu.

Aimran Syazwan Rohaizad, 21, bekerja sebagai pembungkus otak-otak menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan Elaun Pekerja OKU sebanyak RM450 sebulan di bawah Skim Bantuan Persekutuan.

Aimran Syazwan salah seorang penerima bantuan kewangan bulanan daripada JKM.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan dan JKM atas bantuan ini.

“Ia banyak membantu dalam kehidupan seharian saya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Rosmahwati Ishak, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Johor Ahmad Hashim Selamat dan Penolong Pegawai Daerah Kluang Asyraf Abd Aziz.

Majlis ini merupakan antara inisiatif berterusan JKM dalam memperkukuh kerjasama dengan komuniti serta memperkasakan golongan berkeperluan di peringkat akar umbi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda