
Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Mohd Nizam Mui (Muar)
MUAR, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Tayangan wayang pacak sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Parit Unas Darat mengimbau kenangan lama dan menjadi kenangan istimewa buat anak-anak perantau yang pulang berhari raya.

Acara marhaban oleh penduduk Kampung Parit Unas Darat, Muar.
Salah seorang perantau Amirul Afiq Ayob, 38, berkata tayangan wayang pacak seperti ini mengembalikan kenangan lama ketika zaman kanak-kanak dahulu.
“Bukan sahaja orang dewasa seperti saya dapat mengenang kembali suasana wayang pacak, anak-anak pun teruja sebab ini kali pertama mereka tengok wayang di luar selain di panggung wayang macam ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Surau Nur Hidayah, di sini kelmarin.
Program anjuran Jawatankuasa Kampung Parit Unas dan Ahli Majlis Perbandaran Muar Zon 4 (Parit Bakar A) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Muar turut dimeriahkan dengan acara bacaan selawat dan marhaban bersama orang kampung.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir.
Turut hadir Penyelaras DUN Maharani Datuk Ashari Sarip dan Pegawai Penerangan Daerah Muar Fairuzan Abdul Majid.
-ZS-