
Laporan/foto: Farah Shaherza Aimi/Muhammad Hafiz (Kuantan)
KUANTAN, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Tayangan wayang pacak perlawanan akhir Piala Malaysia menjadi tarikan sambutan program JIWA@Komuniti MADANI Felda Sg. Panching, di sini, Sabtu lalu.

Penduduk setempat menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia Pahang menentang JDT
Menurut Pengurus Felda Sg. Panching Selatan Faizal Jainal, tayangan wayang pacak ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Komuniti MADANI Felda Sg. Panching Selatan dan Felda Sg. Panching Selatan.
“Sambutan yang diterima sangat mengalakkan di mana penduduk kampung berkumpul tidak kira kanak-kanak mahu pun dewasa menyaksikan perlawanan akhir Pahang bertemu JDT dan suasana sangat meriah,” katanya.
Ujarnya lagi, sambutan perayaan dan tayangan wayang pacak ini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan keharmonian di kalangan penduduk setempat.
Turut hadir Ahli Parlimen Paya Besar YB Datuk Indera Mohd Shahar Abdullah.
-AA-