Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Zahir Duka Pemergian Pak Lah, Bendera Perak Separa Tiang

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi

IPOH, 15 April (MalaysiaAktif) ā€“ Kerajaan Negeri Perak turut menzahirkan rasa kedukaan dengan pemergian figura berpengaruh yang banyak berjasa kepada negara iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah meninggal dunia semalam.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan berangkat bagi Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri yang kelima belas PerakĀ DarulĀ Ridzuan

“Beta bersama Raja Permaisuri, Dewan ini (Dewan Negeri Perak) dan seluruh rakyat Beta di negeri Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Perdana Menteri Malaysia Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham.

Kawalan Kehormatan Utama sedang siapĀ sedia

ā€œSemoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat ihsan Illahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin,” titah Baginda.

Sebagai menzahirkan rasa sedih dan dukacita rakyat dan negeri Perak, Sultan Perak telah bertitah ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri yang kelima belas Perak Darul Ridzuan di sini, pagi tadi agar bendera negeri Perak dikibarkan separa tiang pada hariĀ ini.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda