
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)
ALOR SETAR, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 143 orang bakal Jemaah Haji negeri Kedah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, di sini semalam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijadualkan bertolak ke Tanah Suci pada pukul 1.35 pagi tadi dengan menaiki pesawat AMAL oleh Malaysia Airlines.

Sultan Kedah bertitah semasa majlis selamat jalan kepada kumpulan bakal haji.
Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis selamat jalan kepada kumpulan bakal haji di Raia Hotel & Convention Center, di sini pagi semalam.

Sultan Kedah mencemar duli mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan bakal haji Kedah.
“Beta berharap jemaah haji dapat menjaga adab dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negara dan menjaga hubungan baik Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,” titah baginda.
-ZS-