Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

257 Pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak Sertai Program JIWA Malaysiaku

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Azizi Bohari (Sarawak)

KUCHING, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jaringan Ilmu Wadah Aspirasi atau dikenali sebagai JIWA Malaysiaku anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM)Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah menarik minat seramai 257 orang pelajar Sekolah Seni Malaysia Sarawak.

Nur Farhani komited memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar menerusi program JIWA Malaysiaku.”

Program itu telah diadakan di sekolah tersebut bersempena dengan Program JIWA@Kelab Malaysiaku anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, semalam.

Menurut Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nur Farhani Samasu, 31, program JIWA Malaysiaku merupakan inisiatif oleh para pelajar UiTM yang bertujuan untuk mendekatkan diri dengan komuniti setempat melalui penyebaran maklumat, perkongsian pengalaman, serta ilmu pengetahuan.

“Objektif utama program ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada negara, terutamanya dalam konteks perpaduan masyarakat majmuk, khususnya di Sarawak,” jelas beliau semasa sesi temu bual yang diadakan semalam.

Sambutan hangat di booth UiTM, peserta aktif bertanya dan berkongsi pandangan.

Tambah beliau lagi, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga berperanan dalam membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

“Kami berharap program ini dapat mendidik para pelajar agar lebih yakin dalam pelbagai bidang, khususnya dalam kemahiran komunikasi dan interaksi langsung dengan komuniti untuk menyampaikan maklumat secara berkesan,” ujar beliau.

Program turut dihadiri oleh seramai 85 orang yang terdiri daripada siswa dan siswi UiTM.

-RJ-

Tinggalkan komen anda