
Laporan/Foto : Kamarulzaman Ahmad / Shahfiq Aqmal/Mohammad Izwan (Sarawak)
DALAT, 20 Mei (MalaysiaAktif) β Seramai 40 orang ahli Komuniti MADANI dari sekitar Dalat, termasuk kawasan Oya, telah menyertai Program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Dalat yang berlangsung di NADI Kampung Kuala Hilir Oya, hari ini.

Maria (paling kanan) dan Shahrulizan (dua dari kanan) bersama peserta semasa Program ASAS di Dalat.
Program ini merupakan satu inisiatif berterusan bagi memperkukuh keupayaan komuniti dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berkesan dan bertanggungjawab, selaras dengan aspirasi Komunikasi MADANI.
Menurut Pegawai Penerangan Daerah Dalat, Maria Tungkat, program ASAS berfungsi sebagai platform penting untuk membina kemahiran peserta dalam aspek penyampaian maklumat secara strategik, beretika dan relevan dengan keperluan masyarakat setempat, khususnya dalam era maklumat digital masa kini.

Penyertaan ahli Komuniti MADANI dalam kursus ASAS perkukuh peranan sebagai penyampai maklumat yang bertanggungjawab.
βKita mahu komuniti dilatih bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, tetapi juga berupaya berkomunikasi dengan cara yang berkesan, bertanggungjawab dan menyumbang kepada perpaduan masyarakat,β katanya.
Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan khas, Encik Shahrulizan Madian, Pegawai Penerangan Daerah Mukah, yang berkongsi pendekatan komunikasi berkesan melalui pengalaman beliau dalam bidang pengucapan awam.
-RJ-