
Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Rajeswari Anbazagan
KUALA LUMPUR, 21 Mei (MalaysiaAktif) – “Inilah pertama kalinya saya dapat menjejak kaki ke sini dan melihat secara dekat pembangunan kompleks penyiaran di Malaysia yang bukan sahaja canggih malahan berteknologi tinggi,” ujar salah seorang daripada 30 orang ahli Komuniti MADANI Parlimen Segambut Lee Lai Sim, yang dibawa melawat ke Angkasapuri, Kota Media, di sini semalam.

Lawatan sekitar ke dalam konti radio Nasional FM.
Sesi lawatan ini dilihat suatu pengalaman berharga kepada para peserta untuk memahami pembangunan industri penyiaran khususnya tentang pengurusan produksi Radio Televisyen Malaysia (RTM), termasuklah proses di sebalik tabir yang melibatkan penggunaan peralatan teknologi digital di dalam tiga studio TV iaitu M1, M2 dan M3.
“Diharapkan, melalui sesi lawatan ini bukan sahaja dapat memperkaya ilmu komunikasi ahli Komuniti MADANI sebagai jurucakap kerajaan dalam menyalurkan informasi terkini dan sahih kepada masyarakat setempat, malahan mereka juga boleh mengaplikasikan peranan strategik RTM sebagai media rasmi kerajaan dan peneraju dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat,” ujar Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Sabarudin Yeop Hamza yang turut bersama dalam sesi lawatan tersebut.

Sesi foto bersama peserta lawatan.
Lebih menarik lagi, peserta turut berpeluang menyampaikan ucapan secara langsung di konti Radio Nasional FM bersama penyampai radio DJ Sonic Hussein, DJ Nazri Fahmi dan DJ Dyya Nawai.
-ZS-