Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Aktiviti Pukat Tarik Pupuk Semangat Kekitaan

By 11 Mei 2025Mei 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza/Rohani Mohd Saad (Kuantan)

KUANTAN, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Aktiviti memukat atau dipanggil pukat tarik berjaya memupuk semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan penduduk setempat.

Saaban (kiri) menunjukkan hasil yang diperolehi

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemakmuran (JPKK) Kampung Kempadang Syaaban Awang aktiviti memukat ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung sejak dahulu lagi bagi mendapatkan hasil laut untuk menyara kehidupan mereka.

“Kini aktiviti memukat telah bertukar ke arah aktiviti riadah dan kemasyarakatan setiap tahun.

“Apabila tiba musim ombak teduh sekitar bulan April hingga Oktober, aktiviti memukat pasti dijalankan di kawasan Pantai Kempadang ini,” ujarnya ketika ditemui sempena Program JIWA@Komuniti MADANI Kampung Kempadang, di sini, hari ini.

Antara penduduk setempat yang hadir memeriahkan aktiviti

Tambahnya lagi, penggunaan pukat ini merupakan satu kaedah menangkap ikan di pesisir pantai yang memerlukan sekurang-kurangnya enam orang, sebuah bot dan pukat panjang untuk direntangkan dalam air sebelum membuat kepungan berbentuk U.

“Pukat yang memerangkap ikan-ikan ini kemudian ditarik oleh nelayan yang berada di darat,” katanya.

Tradisi pukat tarik dilihat kian dilupakan dan semakin luput ditelan waktu dan aktiviti yang dianjurkan oleh Komuniti MADANI ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda