
Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Kemaman)
KEMAMAN, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Semangat keusahawanan dalam kalangan anak muda terus menyerlah apabila seorang pemuda dari Kampung Beris Meraga berjaya meraih pendapatan lumayan hasil daripada usaha menanam tembikai.

Che Ku Shahrul Nizam berharap lebih ramai golongan anak muda berani ceburi bidang penanaman tembikai yang menjanjikan masa depanĀ yangĀ cerah
Che Ku Shahrul Nizam bin Che Ku Teh, 38, mengambil keputusan untuk menceburi bidang pertanian selepas melihat potensi besar dalam tanaman tembikai yang sesuai dengan tanah dan iklim kampungnya.
āPermintaan terhadap tembikai atau lebih dikenali sebagai timun cina di sini terutama ketika musim panas sangat tinggi dan mampu memberikan pulangan mencecah ribuan ringgit setiap kali musim tuai nya,ā katanya kepada MalaysiaAktif ketika ditemui, hari ini.

Sebahagian hasil tanaman yang diusahakan oleh Che Ku Shahrul Nizam sedia untukĀ dipasarkan
āKetika ini tanaman yang saya sedang usahakan berkeluasan dua ekar, merangkumi lebih 3,000 pokok yang akan dituai pada bulan Jun 2025 dengan anggaran tuaian sekitar 30 tan buah tembikai,” ujarnya.
Beliau juga mempraktikkan teknik pertanian moden dan pengairan yang cekap untuk memastikan hasil yang berkualiti.
āRamai anak muda menganggap pertanian ini ketinggalan zaman, tapi sebenarnya ia peluang besar jika kita betul-betul serius dan rajin dan saya juga berharap agar lebih ramai anak muda berani pulang ke kampung dan manfaatkan tanah yang ada,ā katanya.
Che Ku Shahrul Nizam bin Che Ku Teh, kini menjadi inspirasi kepada penduduk kampung dan golongan belia untuk melihat pertanian sebagai satu kerjaya yang menjanjikan masa depan cerah.
Usaha beliau membuktikan bahawa pertanian moden bukan sahaja mampu menjana pendapatan lumayan, malah dapat mengubah persepsi negatif terhadap sektorĀ pertanian.
-AA-