Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

ASEAN 2025 : Platform Terbaik Selesai Pelbagai Isu Negara Serantau

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Sidang Kemuncak ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN GCC dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN GCC China yang berlangsung di ibu negara pada 26 dan 27 Mei ini menjadi platform terbaik bagi menyelesai dan membangkitkan pelbagai isu negara serantau.

“Ini merupakan satu event (acara) ataupun satu perkara yang sangat bersejarah dan peluang yang baik untuk bukan hanya Malaysia tapi juga ASEAN memanfaatkan sidang tersebut untuk memungkinkan perbincangan mengenai beberapa perkara termasuk isu-isu ekonomi di rantau ini dan kerjasama bersama dengan GCC (Majlis Kerjasama Teluk) serta China,” kata Datuk Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Jurucakap Kerajaan MADANI itu, berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini sebentar tadi.

Fahmi turut, berkata Kementerian Pedidikan akan mengenal pasti sejumlah sekolah yang berada dalam kawasan laluan-laluan utama bagi sidang kemuncak tersebut.

“Sekolah ini akan diumumkan dan para pelajar akan dibenarkan untuk melakukan pembelajaran dari rumah PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah).

“Jadi senarai penuh akan diterbitkan oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan) nanti,” katanya.

Dalam sidang media tersebut Fahmi turut, menjelaskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengumumkan laluan-laluan yang akan digunakan negara-negara tersebut sepanjang acara berlangsung.

“Dalam masa yang terdekat, pihak polis di Raja Malaysia akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan oleh sama ada ketua-ketua kerajaan ataupun ketua-ketua negara yang akan tiba untuk sidang kemuncak ini yang mana dia akan melibatkan antara lain kawasan KLIA, kawasan sekitar lapangan terbang Subang dan juga TUDM Subang.

“Selain itu, terdapat sejumlah laluan yang akan diumumkan, termasuk di kawasan sekitar sidang kemuncak yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dan sejumlah hotel-hotel penginapan yang akan menjadi tempat penginapan bagi delegasi ASEAN, GCC dan juga China.

“Jadi, senarai ini akan diterbitkan oleh pihak PDRM dalam masa yang terdekat dan saya minta rakan-rakan media untuk rujuk dan orang awam juga boleh merujuk senarai tersebut untuk membuat perancangan, pergerakan pada hari-hari sidang berlangsung,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda