Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

ASIC 2025 Platform Serlah Kreativiti Pelajar

By 15 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/PUO Perak

PARIT BUNTAR, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) menzahirkan komitmen bagi memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional serta menyemai budaya pembelajaran sepanjang ayat dengan penganjuran Asasi Innotech Challenge (ASIC) 2025 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini kelmarin.

Sesi bergambar penganjuran ASIC 2025

Menurut kenyataan PUO, penganjuran ASIC 2025 ini turut menerima sokongan padu dan komitmen daripada Menteri Besar Perak.

Jackie sedang menerangkan mengenai Projek Auratrack

“Penganjuran kali ini telah menghimpunkan seramai 112 orang pelajar Semester 2 Asasi Teknologi Kejuruteraan PUO sesi akademik 2024/2025, penyelia projek serta panel penilai daripada kalangan pakar industri dan akademik.

Tambah PUO lagi, program ini adalah anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah menjadi medium pembentangan hasil kerja dan membangunkan pelajar berciri holistic.

-AA-

Tinggalkan komen anda