Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

ATM Tampil Aset Canggih, jadi Tumpuan Rakyat

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

PASIR MAS, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Pameran senjata milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Kok Lanas, Kelantan menjadi tarikan utama sempena Program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Dataran Bandar Baru Lubok Jong, di sini.

Ranjer ATM Norisham Md.Nor sedang memerhati Nur Aira Mohd Anuar melihat sasaran melalui teropong senjata.

Pameran yang berlangsung dari 8 hingga 10 Mei itu memberi peluang kepada orang ramai melihat secara dekat dan mencuba sendiri kehebatan teknologi persenjataan ATM, menarik hampir 6,000 pengunjung sepanjang program.

Antara yang teruja dengan pengalaman tersebut ialah Nur Aira Mohd Anuar, 24, dari Lubuk Jong, yang buat pertama kalinya berpeluang memegang senjata sebenar milik ATM.

“Rasa takut pun ada, sebab tak biasa pegang senjata sebesar ini.

“Tapi saya seronok bila dapat tengok sasaran melalui teropong, sambil diberi penerangan oleh ranjer ATM,” katanya tersenyum.

Pengalaman yang sama turut dikongsi oleh adik Muhammad Aiman Khairi, 10, dari Rantau Panjang yang kagum dapat melihat sendiri senjata yang sebelum ini hanya ditonton di televisyen.

“Rasa macam hero bila pegang, tapi senjata ni berat, tak larat nak angkat,” katanya bersungguh-sungguh sambil memegang erat replika senjata, semalam.

Ranjer ATM Kok Lanas, Norisham Md. Nor, 44, berkata pameran ini memberi pendedahan kepada orang awam mengenai aset ketenteraan yang dimiliki ATM, di samping menarik minat generasi muda untuk mengenali kerjaya dalam bidang pertahanan negara.

“Ramai yang bertanya tentang cara kendalian senjata dan fungsinya. Kami beri peluang mereka mencuba sendiri supaya lebih faham. Kalau nak tahu lebih mendalam, sertai ATM – banyak peluang dan teknologi hebat menanti,” jelasnya.

Antara senjata milik.ATM yang dipamerkan kepada orang ramai.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan Zamakhashari Muhamad,

Pameran seperti ini bukan sahaja menarik minat masyarakat terhadap bidang pertahanan, malah memperkukuh jalinan antara agensi kerajaan dan komuniti dalam semangat perpaduan MADANI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda