
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Intan Iryani Mohamad (Kedah)
ALOR SETAR, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Balai Nobat Alor Setar yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda penting Kedah dan ada sejarahnya yang tersendiri.

Sejarah Balai Nobat
Ia merupakan salah satu simbol penting negeri Kedah dan merupakan rumah bagi tiga alat muzik tradisional Melayu yang sangat penting, iaitu Nobat, sebuah alat muzik yang digunakan dalam persembahan istana dan istiadat rasmi di negeri Kedah.
Balai Nobat ini memainkan peranan yang penting dalam budaya Kedah, terutamanya semasa upacara-upacara rasmi seperti pertabalan Sultan Kedah atau acara-acara kerajaan yang lain.

Balai Nobat tempat menyimpan alat muzik yang di namakan nobat
Bangunan ini juga merupakan tempat untuk penyimpanan dan pameran alat muzik Nobat, serta sebagai tempat bagi pemain Nobat untuk latihan.
Selain menikmati keindahan seni bina di sekitar Balai Nobat, pengunjung turut boleh melihat alat muzik Nobat yang disimpan di dalam bangunan ini.
Menurut Anuar Yatim, 56, beliau telah menjaga dan bermain alat muzik di Balai Nobat ini lebih 20 tahun.
βAlat permainan Nobat ada disimpan di balai ini dan ada pantang larangnya,β katanya ketika ditemui penulis semalam.
Megikut sejarah, alat-alat ini dihadiahkan oleh Sultan Mahmud, Sultan Melaka kepada Sultan Kedah ketika Kedah di bawah naungan Sultan Melaka yang memerintah seluruh negeri di semenanjung Tanah Melayu.
Pada masa kini, Balai Nobat digunakan sebagai tempat untuk menyimpan alat-alat permainan muzik.
-AA-