Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Belia Daerah Pekan Digesa Bergiat Aktif dalam Pembangunan

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Belia di daerah ini digesa untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan daerah dan negara.

Belia disaran bergiat aktif dalam pembangunan negara.

Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali penglibatan belia ini perlu aktif dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosial dan inovasi.

“Belia adalah aset berharga negara, semangat, idea dan tenaga kalian adalah kunci kepada kemajuan masa depan dan saya berharap sambutan Hari Belia Negara ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dan semangat sukarelawan dalam kalangan belia Pekan,” katanya sewaktu berucap merasmikan program Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pekan, di sini semalam.

Ahli Parlimen Pekan bersama para belia Pekan bergambar kenangan.

Salah seorang peserta, Nurul Ain Hamzah, 21, melahirkan rasa gembiranya dapat menyertai sambutan ini.

“Saya sangat teruja dengan pelbagai aktiviti yang diadakan dan ini adalah peluang yang baik untuk kami sebagai belia untuk berkumpul, belajar perkara baharu dan menunjukkan bakat yang kami miliki,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda