Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Bengkel Asas Sains Perpustakaan Eratkan Hubungan Perpustakaan Awam dengan Masyarakat

By 14 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Harold Heizry Othman (Labuan)

LABUAN, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Bengkel Asas Sains Perpustakaan berjaya mengeratkan hubungan perpustakaan awam dengan masyarakat khasnya kepada guru-guru sekolah di pulau itu.

Penceramah Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan sedang berkongsi ilmu dengan para peserta.

Ketua Unit Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan Haslizah Hassan, berkata bengkel itu dilaksanakan bagi berkongsi pengetahuan kepada pegawai atau kakitangan yang bekerja di perpustakaan dan menjadi guru pusat sumber di sekolah.

“Bengkel ini memberi pengetahuan dan menambah ilmu akan kepentingan mengendalikan serta mengurus Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber Sekolah atau di agensi masing-masing.

“Antara modul yang dikongsikan dalam bengkel ini adalah seperti pengurusan Pusat Sumber Sekolah, perekodan dan memproses bahan perpustakaan, sistem penomboran Dewey (Sistem Pengelasan Perpuluh Dewey), baik pulih buku dan pelupusan buku,” katanya semasa ditemui media pada program itu semalam.

Antara para peserta Bengkel Asas Sains Perpustakaan.

Bengkel anjuran Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan itu disertai seramai 45 orang peserta terdiri dari guru-guru sekolah, kakitangan Perpustakaan Awam Labuan dan Perpustakaan Desa.

“Kami berharap bengkel ini mampu meningkatkan kualiti penjagaan perpustakaan dan pusat sumber di tempat masing-masing untuk menjadikan perpustakaan sebuah tempat yang sentiasa dikunjungi serta menyediakan bahan-bahan bacaan yang menarik dengan sistem pengurusan yang lebih tersusun,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda