Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bomba Peramu Nasihat Utamakan Keselamatan Semasa Pulang Berhari Raya dan Cuti Sekolah

By 27 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Bomba Peramu

PEKAN, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan cuti persekolahan yang bakal tiba, Balai Bomba dan Penyelamat Peramu mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan diri dan harta benda.

PPgB Wan Samsul.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Peramu PPgB Wan Samsul Effendi Wan Mahmud, berkata pengguna jalan raya sebaiknya merancang perjalanan dengan baik, memastikan kenderaan dalam keadaan optimum, dan mematuhi had laju.

“Jangan memandu dalam keadaan mengantuk atau keletihan, sebaliknya berhenti rehat di kawasan yang selamat sekiranya perlu,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.

Tambahnya lagi, bagi kediaman yang ditinggalkan kosong, pemilik rumah dinasihatkan untuk memastikan semua pintu dan tingkap berkunci rapat serta peralatan elektrik dimatikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran atau litar pintas.

“Penting juga untuk memaklumkan jiran terdekat atau ketua komuniti tentang ketiadaan anda dan meminta mereka untuk membantu memantau keadaan rumah dari semasa ke semasa.

“Ini dapat meningkatkan tahap keselamatan dan mengurangkan risiko jenayah pecah rumah,” katanya.

Wan Samsul turut menasihati kanak-kanak supaya tidak mandi di tali air atau kolam dan sungai yang berarus deras.

“Cuaca yang tidak menentu sekarang membahayakan keselamatan diri kalau tidak berwaspada. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, dinasihatkan agar perolehi stamina sebelum mendaki.

“Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, segera hubungi talian 999 atau balai bomba terdekat untuk bantuan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda