Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

CPR Kaedah Rawatan Awal Bantu Mangsa Lemas

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Lt. M (PA) Azmir Sarizuan Abdul Razak (APM Port Dickson)

PORT DICKSON, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Resusitasi kardiopulmonari (CPR) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah merupakan kaedah rawatan awal yang dapat diberikan kepada mangsa lemas.

Pendedahan kepada CPR kepada orang awam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten Pertahanan Awam (PA) Mohd Azri Abu Hassan, berkata masyarakat kurang peka serta cakna dengan langkah awal yang boleh diambil bagi membantu dalam menyelamat mangsa lemas di pantai.

“Umum juga kurang mengetahui akan teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang merupakan kaedah rawatan awal yang dapat diberikan kepada mangsa yang terhenti pernafasan,” katanya ketika menghadiri Program Kesedaran Keselamatan di Pantai, di Pantai Telok Kemang, di sini kelmarin.

Didik masyarakat beri bantuan awal.

Ujarnya lagi, ada juga yang hanya bertindak tunggu dan lihat sahaja akan tindakan yang boleh diberikan kepada mangsa insiden di pantai sebelum bantuan tiba.

Terdahulu, taklimat kesedaran keselamatan melalui CPR dan teknik menyelamat menggunakan peralatan telah diberikan kepada 40 pelajar Sekolah Kebangsaan Telok Kemang dan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda