Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Dua Agensi Utama Johor Terima Pengiktirafan Malaysia Productivity Corporation’

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) telah diiktiraf penerima sijil penghargaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) sempena Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor di Dewan Ekspo, Toppen Shopping Centre, di sini semalam.

Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor turut mendapat sijil penghargaan daripada MPC pada majlis berkenaan yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Bahagian (Pendaftaran), Nurul Naqiah Fadzil.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) Datin Paduka Dr. Suhailizan Suliman, berkata pengiktirafan yang diberikan ini merupakan hasil usaha semua pihak dalam memastikan perkhidmatan yang disampaikan dengan lebih mudah dan pantas kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

“Antara kemajuan yang dicapai oleh PKPJ adalah meliputi pengurangan dokumen permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) daripada 17 dokumen kepada hanya lima dokumen utama sahaja dan ini dapat memudahkan pemohon dan juga menjimatkan kos penyediaan dokumen,” katanya.

Shamsul Azri melawat reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beramah mesra bersama kakitangan dan pengunjung yang hadir.

Dalam pada itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor merupakan agensi kedua yang turut meraih sijil penghargaan MPC bagi Projek Kerenah Birokrasi (RKB) berkenaan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani dan Ketua Pengarah MPC Datuk Zahid Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda