Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dua Buah Rumah Terbakar di Kampung Wira Damai

By 13 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Asal Gombak & JBPM Selangor

BATU CAVES, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Dua buah rumah kediaman lapan pintu hangus 75 peratus dalam kejadian kebakaran di Kampung Wira Damai, di sini hari ini.

Api sedang marak memusnahkan dua rumah kediaman lapan pintu di Kampung Wira Damai hari ini

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.30 pagi.

Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran jam 12.23 tengahari

Katanya, seramai 25 anggota bersama beberapa jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, BBP Selayang, BBP Jinjang telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.23 tengah hari.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelasnya, operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh membahayakan.

-AA-

Tinggalkan komen anda