Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Eksplorasi Bukit Tok Saih Mengeratkan Hubungan Pemimpin dan Masyarakat

By 5 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman (Negeri Sembilan)

GEMENCHEH, 2 Mei (MalaysiaAktif) – Dengan ketinggian 243 meter dari aras laut, tidak menghalang hampir 120 orang pendaki untuk menawan Bukit Tok Saih bersama pemimpin setempat, YB Suhaimizan Bizar, ADUN Kawasan Gemencheh.

Sebahagian pendaki yang bersedia untuk menawan puncak Bukit Tok Saih

Program yang dijalankan setiap tahun sebelum musim Hari Sukan Negara ini dilihat sebagai salah satu platform untuk masyarakat mengenali pemimpin yang telah mereka pilih dengan lebih dekat lagi.

Suhaimizan Bizar turut mendaki

“Saya melihat penganjuran program seperti ini, sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.

Program ini juga sebagai salah satu cara hidup sihat, selain daripada mengawal pemakanan untuk kekal berstamina.

“Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan, dan mungkin kita akan ke bukit yangt lain pula selepas ini,” kata Suhaimizan Bizar ketika ditemui selepas program, semalam.

Program eksplorasi ini turut disertai oleh penuntut-penuntut Kolej Komuniti Tampin, Komuniti MADANI DUN Gemencheh, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam.

-AA-

Tinggalkan komen anda