Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

EXCO Perak Rasmi Karnival dan Jualan RAHMAH IPD Perak Tengah 2025

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Zairul Afendi (Perak Tengah)

SERI ISKANDAR, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah merasmikan Karnival dan Jualan RAHMAH sempena Karnival Temasya Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara Tahun 2025 di Dewan Serbaguna MDPT, Seri Iskandar di sini, hari ini.

Khairudin bersama tetamu kehormat lain menyaksikan perlawanan suku akhir sepak takraw

Dalam ucapannya, beliau yang memegang portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah selaku tuan rumah untuk sukan sepak takraw dan berbasikal.

Kaunter Jualan RAHMAH diserbu pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah

“Tahniah juga kepada jabatan dan agensi yang terlibat dengan mengadakan pameran dan Jualan RAHMAH sekaligus dapat membantu pengunjung yang hadir.

“Lebih 20 reruai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah disediakan bagi memberi peluang kepada pengunjung semua untuk mendapatkan maklumat serta perkhidmatan kerajaan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superitendan Hafezul Helmi Hamzah, Pegawai Daerah Perak Tengah Mohd Zaki Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Perak Tengah Hafizah Omar.

-AA-

Tinggalkan komen anda