Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

FOMCA Bimbing Penduduk Elak Terpedaya

By 20 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kebun Sireh dan Komuniti MADANI Kebun Sireh menganjurkan Program Pemerkasaan Pengguna bertempat di Masjid Jamek Kebun Sireh.

Pengerusi Masjid Jamek Kebun Sireh Hj Abdul Halim Abdul Hamid menyokong usaha FOMCA meningkatkan kesedaran pengguna.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pengguna selain memberi pendedahan terhadap isu keselamatan kewangan digital yang semakin mencabar.

Pengerusi Masjid Jamek Kebun Sireh Haji Abdul Halim Abdul Hamid, berkata program seumpama ini sangat relevan dalam era digital yang penuh dengan cabaran terutama berkaitan penipuan dalam talian.

“Ilmu kepenggunaan bukan hanya untuk beli barang dengan bijak tapi juga melibatkan soal keselamatan maklumat peribadi dan transaksi kewangan, komuniti kita perlu celik isu ini,” katanya, di sini kelmarin.

Taklimat utama disampaikan oleh Maizatul Aqira Ishak, yang menekankan isu semasa termasuk peningkatan kes penipuan dalam talian, penyalahgunaan data peribadi serta strategi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan digital.

Risalah keselamatan pengguna turut diedarkan kepada pengguna.

Suri rumah Nurfardalina Md Yatim, 37,  mengakui banyak manfaat yang diperoleh daripada program ini.

“Selama ni saya fikir scam (penipuan) ni cuma kena kat orang muda atau yang aktif online (dalam talian)  saja, rupanya semua lapisan umur pun berisiko.

“Lepas dengar taklimat tadi saya lebih berhati-hati dan tahu cara semak maklumat sebelum buat apa-apa bayaran,” ujarnya.

FOMCA berharap program seumpama ini dapat diperluas ke lebih banyak kawasan khususnya luar bandar dalam usaha melahirkan pengguna yang lebih berinformasi, berwaspada dan bijak membuat keputusan kewangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda