Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Fun Hike Bukit Angin Tarik 250 Peserta, Semarak Gaya Hidup Sihat

By 20 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aidil Azhar/Hasmah Hanafi (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Program Fun Hike @ Bukit Angin yang berlangsung pagi tadi di Permatang Kerat Telunjuk, Jalan Bandar Baharu, di sini berjaya menarik penyertaan luar jangka apabila lebih 250 peserta hadir menyertai aktiviti pendakian, mengatasi sasaran asal seramai 100 orang.

Program bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta, diikuti sesi sarapan, ketibaan Pegawai Daerah Bandar Baharu, sesi pemanasan badan serta pelepasan pendaki.

Mohd Noor Ismail ( kiri ) bergambar kenangan Bersama Mohd Khairi Awang CEO MKA Adventure Land Bukit Angin.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran papan tanda pelancongan Bukit Angin sebagai simbolik promosi kawasan ekopelancongan sempena Tahun Melawat Kedah.

Menurut Pegawai Daerah Bandar Baharu Mohd Noor Ismail, program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah berperanan penting dalam memupuk semangat kebersamaan, memperkasakan gaya hidup sihat serta menyemai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Bukit Angin juga kini dikenal pasti sebagai antara lokasi ekopelancongan berpotensi tinggi di daerah ini,” katanya.

Seorang peserta, Norlela Jaafar, 51, menyatakan rasa bangga dan puas apabila berjaya menawan puncak Bukit Angin yang berketinggian 1,634 kaki dari paras laut.

Pegawai Daerah Bandar Baharu (kiri) bergambar kenangan bersama Mohd Khairi Awang CEO MKA Adventure Land Bukit Angin.

“Bukan mudah untuk mendaki bukit tanpa stamina mencukupi. Tapi inilah pengalaman dan kenangan manis buat saya,” katanya.

Yahaya Ahmad, 41, pula menyifatkan pendakian kali ini mencabar kerana trek licin dan lasak.

“Namun semuanya berbaloi apabila tiba di puncak. Pemandangan yang terbentang sangat indah, rasa puas dan bangga dapat sampai ke atas,” katanya.

Majlis turut menyaksikan ucapan rasmi Pegawai Daerah, penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi terlibat, cabutan bertuah serta jamuan tengah hari sebelum bersurai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda