Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Getar Kota Denyut Alam Serlah Jiwa dan Warisan Seni Johor

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azza Azmi/Yayasan Warisan Johor (Johor)

JOHOR BAHRU, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Pameran Nukilan: Getar Kota Denyut Alam anjuran Yayasan Warisan Johor telah dirasmikan di Galeri Seni Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, bersempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2025 yang disambut pada 18 Mei setiap tahun.

Pameran Nukilan: Getar Kota Denyut Alam menghimpunkan lapan orang pelukis kelahiran Johor memcerminkan kepelbagaian budaya dan hasil nukilan berkaitan negeri Johor.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) Datuk On Jabbar@Jaafar, berkata pameran ini merupakan satu lagi dimensi baharu dalam usaha menyatukan pelukis-pelukis tersohor di Johor.

“Karya-karya mereka bukan sekadar lukisan di atas kanvas, tetapi merupakan rakaman jiwa, warisan dan keindahan bumi Johor yang sukar digambarkan dengan kata-kata,” katanya ketika merasmikan Pameran Nukilan: Getar Kota Denyut Alam, di sini semalam.

Datuk On turut menyatakan penghargaan kepada para pelukis yang terus menyumbang dalam memperkaya industri kreatif negeri.

“Seniman hari ini adalah penghubung daripada tradisi kepada inovasi, menyatukan warisan dalam imaginasi serta sebagai bukti ketekunan dan kecintaan dalam memartabatkan seni dan budaya Johor,” katanya.

On merasmikan pembukaan Pameran Nukilan: Getar Kota Denyut Alam anjuran Yayasan Warisan Johor sempena Sambutan Haro Muzuim Antarabangsa pada 18 Mei yang disambut serentak di semua muzium seluruh dunia.

Pameran Nukilan: Getar Kota Denyut Alam dibuka kepada umum dari 15 Mei hingga 30 Julai ini dan menjadi antara pengisian utama Yayasan Warisan Johor dalam menyemarakkan seni tempatan serta menyokong pembangunan ekonomi kreatif negeri.

Pameran ini menghimpunkan lapan pelukis kelahiran Johor yang mempersembahkan lebih 70 karya seni berkonsepkan kombinasi dinamika kehidupan moden kota dan keindahan alam semula jadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda