
Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan
KUALA LUMPUR, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Sektor pertanian di Malaysia berhadapan dengan cabaran serius apabila golongan muda dilihat semakin kurang berminat untuk menceburi bidang ini.

Rashid ketika ditemu bual Malaysia Aktif.
Menurut Ramli, 58, yang merupakan penternak ikan, kekurangan komitmen dan minat ditambah dengan persepsi bahawa pertanian adalah bidang yang memenatkan dan terdedah kepada cuaca panas menjadi faktor utama penolakan anak muda terhadap kerjaya ini.
“Majoriti anak muda cenderung memilih kerjaya dalam sektor lain yang dianggap lebih glamor dan menawarkan prospek gaji yang lebih lumayan.
“Kurikulum pendidikan kita mungkin perlu disemak semula untuk menonjolkan aspek pertanian yang lebih berteknologi tinggi, dan lestari. TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dilihat salah satu cara bagi menarik minat anak muda menceburi bidang pertanian,” katanya.

Kolam ikan talapia yang terdapat di kebun komuniti.
Petani, Rashid, 63, ketika ditemui berharap supaya anak muda menceburi bidang pertanian.
“Pertanian adalah perniagaan, mentaliti ini perlu diterapkan dalam minda anak muda supaya minat terhadap pertanian ini dapat diterapkan dalam kalangan anak muda.
“Namun, usaha ini memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak, termasuk ibu bapa, komuniti dan institusi pendidikan bagi memastikan kelangsungan sektor pertanian negara dan menjamin bekalan makanan pada masa hadapan,” katanya.
-ZS-