Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Gotong-Royong Merapatkan Ukhuwah Masyarakat

By 8 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali/Herman Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mei (MalaysiaAktif) – Kira-kira 80 orang peserta mengambil bahagian dalam Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Dewan Persatuan Penduduk Taman Jinjang Baru anjuran Majlis Persatuan Penduduk (MPP) Jinjang, di sini semalam.

Lim Lip Eng ketika berucap.

Program yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sekitar Taman Jinjang Baru.

“Saya amat berpuas hati dengan kehadiran para penduduk yang bersemangat untuk menyertai program sebegini. Program ini dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara penduduk dan membantu dalam usaha mencegah penyakit dari menular di kawasan ini.

“Inisiatif untuk menganjurkan program ini perlu diteruskan kerana ia adalah aktiviti yang sihat dan mampu mencantikkan serta menceriakan lagi kawasan kejiranan ini,” ujarnya ketika merasmikan program.

Edaran bahan penerbitan oleh petugas Pejabat Penerangan Daerah Kepong/Batu kepada tetamu yang hadir.

Sementara itu, salah seorang peserta dari Flat Taman Jinjang Baru, Lee Tham Wah, 66 mengucapkan ribuan terima kasih di atas penganjuran program ini dan melahirkan rasa gembiranya dengan kehadiran pihak agensi kerajaan yang turun padang membantu mereka.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi sebagai program tahunan agar kawasan ini sentiasa terpelihara dan bersih,” katanya.

Terdapat pelbagai pengisian menarik antaranya gimik penyerahan peralatan untuk pembersihan awam dan penyerahan sumbangan beras kepada peserta yang hadir.

Selain itu, taklimat berkaitan Chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant) dan Keselamatan Dalam Talian disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kepong/Batu Irina Abd Samad bagi memberikan kesedaran berkenaan cara penggunaan platform tersebut kepada masyarakat serta isu scam (penipuan) dan naratif terkini daripada pihak kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda