
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Ribuan peserta anak-anak negeri Melaka berhimpun dalam program Haji Kids Kembara ke Baitullah: Simulasi Haji untuk Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, di sini kelmarin.

Ab Rauf bersama meraikan para jemaah ‘haji’ dalam program tersebut.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, program Haji Kids Kembara ke Baitullah ini cukup istimewa, kerana ia bukan sekadar acara, tetapi satu permulaan kepada impian besar seorang anak kecil untuk menjadi tetamu Allah yang sebenar suatu hari nanti.
“Kerajaan Negeri Melaka komited mendukung program-program yang membentuk sahsiah, jati diri dan kecintaan kepada nilai Islam dalam kalangan generasi muda sejajar dengan komitmen kerajaan negeri bagi memartabatkan syiar Islam,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut.

Impian besar anak-anak kecil untuk menjadi tetamu Allah yang sebenar suatu hari nanti.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,Datuk Azhar Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap penasihat program Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
-ZS-