Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Disambut Meriah

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Hasnida Sarani (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2025 di sambut dengan meriah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi Negeri Sembilan, semalam.

Orang ramai yang hadir

Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya pertandingan bolasepak, pertandingan mencari harta karun, pemeriksaan kesihatan dan yang paling mendapat sambutan adalah peluang pekerjaan daripada 22 buah syarikat kepada hampir 2,000 pencari pekerjaan anjuran PERKESO.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, berkata penganjuran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) mengetengahkan beberapa agenda, antaranya mempromosikan pembudayaan hidup sihat, menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan, serta memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan rakan strategik.

Pemenang Anugerah Belia Perdana Kategori Persatuan

Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa, belia merupakan segmen masyarakat yang menjadi tunjang dan harapan negara untuk meneraju masa hadapan negara pada masa akan datang.

“Dalam negara kita ini, pengundi muda yang berumur 18 hingga 40 tahun, telah melebihi 50%, yang mana ini menunjukkan bahawa belia perlu yakin pada diri sendiri untuk mencorakkan negara selaras dengan tema Hari Belia tahun ini iaitu Yakin Boleh,” katanya semasa berucap di majlis perasmian.

Pada majlis yang sama juga, Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan kategori Pertubuhan Belia, disandang oleh Persatuan Belia Majlis Belia Felda PALONG 8 (MBFM) yang menerima wang tunai sebanyak RM 10,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Majlis turut dihadiri oleh barisan Ahli Yang Berhormat di Negeri Sembilan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Ahmad Sharifudin Sarmin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zuraida Mohamed, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Mohd Fairos Rusli dan barisan kepimpinannya serta Presiden Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan, Datuk Abdul Samad Ibrahim.

-AA-

Tinggalkan komen anda