Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Hari Ibu Pengiktirafan Peranan Wanita Membentuk Keluarga Sejahtera

By 22 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Hari Ibu yang diadakan pada Ahad kedua pada Mei setiap tahun bukan sekadar simbolik, sebaliknya ia adalah pengiktirafan kepada wanita yang bergelar ibu dalam membentuk sesebuah keluarga.

Rohani ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak 2025, semalam.

Ketika merasmikan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak 2025 di Galeri Pustaka Negeri Sarawak, semalam, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim berkata, tanggungjawab seorang ibu kini lebih mencabar berikutan peningkatan kos sara hidup, tekanan kerja dan keluarga serta kewangan.

Justeru katanya, tema sambutan ‘Sentuhan Kasih Ibu’ bertepatan dengan pengorbanan seseorang ibu dalam mencorak masa depan anak-anak.

“Cabaran yang dihadapi itu membebankan ibu sehingga tiada waktu untuk dirinya sendiri dan lebih membimbangkan tinjauan pendapat mendapati 32.2 peratus ibu mengalami kemurungan dengan 5.6 peratus pernah terfikir mencederakan diri sendiri,” katanya.

Program ini memberikan inspirasi kepada Nur Fazilawati dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak.

Menurut beliau lagi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN turut menyediakan program khidmat kaunseling, terapi minda serta saringan kesihatan wanita bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan para ibu dipelihara.

Sementara itu, bagi ibu kepada tiga orang anak, Nur Fazilawati Amit, 40, berkata kehadirannya di Program Sambutan Hari Ibu, semalam memberinya semangat agar tidak putus asa dalam mendidik anak-anak walaupun berhadapan pelbagai cabaran dunia moden.

Antara pengisian program ialah Anugerah Inspirasi Ibu 2025, Dayang Azizah (dua dari kiri).

“Aktiviti Bicara Santai yang memaparkan perkongsian hidup seorang ibu yang mengalami keperitan hidup dalam menguruskan rumah tangga berakhir dengan kejayaan dan disegani menyuntik samangat saya untuk terus berusaha menjadi ibu yang berjaya membesarkan anak-anak dan keluarga,” ujarnya semalam.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda