Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hari Penjara Malaysia ke-235 Angkat Nilai Kemanusiaan dalam Sistem Koreksional

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor

GEORGE TOWN, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Sambutan Hari Penjara Malaysia ke-235 bertemakan Peradaban Manusiawi Perkukuh Masyarakat Madani mengangkat evolusi perkhidmatan koreksional institusi penjara yang bukan hanya terlibat dalam pelaksanaan undang-undang atau penguatkuasaan semata-mata malah berteraskan nilai kemanusiaan, kasih sayang dan insani.

Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama Jabatan Penjara Malaysia disempurnakan oleh Yang Dipertalua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Ramli Ngah Talib

“Institusi Penjara Malaysia telah mengalami evolusi yang sangat besar dalam visualisasikan sistem hukuman yang berasaskan kepatuhan kepada sistem yang lebih reformatif dan pemulihan,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.

“Jabatan Penjara Malaysia kini bukan hanya berfungsi sebagai tempat tahanan, tetapi sebagai pusat pembentukan semula insan restorative justice yang terbentuk melalui penerapan dari segi kerohanian serta jasmani agar prospek tidak mengulangi kesalahan sekali gus dapat mencurahkan bakti dalam masyarakat selepas menjalani hukuman,” katanya, di sini semalam.

Antara gimik persembahan yang menarik perhatian pengunjung

Kempen Step Up turut dilancarkan bagi membantu prospek membuat persediaan kembali ke pangkuan masyarakat, di samping inisiatif Jabatan Penjara Malaysia membina rumah persinggahan sebagai langkah sokongan sekiranya mereka tidak diterima keluarga atau masyarakat sekali gus membantu prospek berdikari dan mendapatkan pekerjaan.

Kamariah Abu Hassan, 49, meluahkan rasa teruja atas pengiktirafan antarabangsa yang diterima Jabatan Penjara Malaysia kerana ia membuktikan prospek banduan mempunyai potensi cemerlang jika diberi peluang kedua dan dibentuk dengan betul, sambil menyeru masyarakat agar memainkan peranan dan menolak stigma terhadap golongan ini.

Zainuddin Osman, 37, mengambil peluang hari cuti untuk beriadah bersama ahli keluarga dengan menyaksikan momen bersejarah disamping memberi pendedahan serta didikan awal kepada anak-anaknya agar tidak terjerumus melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Turut berlangsung Majlis Penyampaian Pingat Johan Bakti Setia, Penganugerahan Ikon Integriti Jabatan dan Sijil Penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Titah perasmian Sambutan Hari Penjara Malaysia ke-235 disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Datuk Seri Utama Ramli Ngah Talib.

-AA-

Tinggalkan komen anda