
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 30 Mei (MalaysiaAktif) – Himpunan Pesilat Perak dijangka menjadi tarikan utama Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Arena Square Taman Samudera, Seri Manjung pada 1 Jun ini.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.
Karnival sarat dengan pelbagai pengisian menarik ini yang akan dirasmikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dijangka dihadiri lebih 1,000 orang pengunjung.
Menurut Pengarah JAPEN Negeri Yosri Abu Mahsin, tarikan utama ialah himpunan pesilat yang akan mengangkat martabat silat sebagai warisan negara persembahan pertahan diri sebagai Pendekar Madani.
“Himpunan pesilat ini melibatkan Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia Kebangsaan dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia Perak.

Yosri ketika ditemu bual, kelmarin.
βNegeri Perak ditetapkan untuk mengetengahkan tema Pahlawan MADANI, justeru silat sebagai suatu kaedah yang digunakan bagi menarik penyertaan golongan muda,β katanya ketika ditemu bual, di sini kelmarin.
Tambah Yosri, karnival ini diharapkan dapat memberikan impak maksimum kepada rakyat, sekali gus membuktikan bahawa kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan inisiatif-inisiatif yang dibawakan sampai kepada kumpulan sasaran.
Karnival yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang itu akan dimeriahkan dengan acara payung terjun daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), wayang pacak, sukan rakyat, Jualan Rahmah dan Agro MADANI.
-ZS-