
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 28 Mei (MalaysiaAktif) β Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid menegur isu moral yang tular di media sosial melibatkan individu berkahwin yang menjalin hubungan terlarang.
βPerkara itu mencerminkan keruntuhan akhlak dan kegagalan menjaga kehormatan diri.

Ketua Polis Balai Batu Pahat,ASP Maimunah Sujak menyampaikan ceramah berkenaan keselamatan dan peranan wanita dalam keluarga.
“Sebab itu saya menyeru para wanita, khususnya golongan ibu, agar menjaga maruah dan menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan,β katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN Semerah Tahun 2025 di Noor Event Hall, Taman Sri Sulong, di sini semalam.
Mohd Fared turut merakamkan penghargaan kepada para ibu yang hadir, sambil menyatakan penghormatan terhadap peranan penting mereka dalam membentuk institusi keluarga dan masyarakat.
Seramai lebih 500 orang wanita dari sekitar kawasan Semerah telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN Semerah Tahun 2025 anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).

Lebih 500 orang hadir Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN Semerah Tahun 2025 di Taman Sri Sulong, Batu Pahat.
Ketua Bahagian Pembangunan Keluarga YPKDT Zulkafli Kadir, berkata pihaknya menumpukan kepada agenda memperkasakan wanita Johor dalam konteks pembangunan keluarga dan masyarakat.
βProgram ini merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan berdasarkan empat teras utama YPKDT bagi memperkukuhkan institusi kekeluargaan serta membina komuniti dengan menjadikan kekuatan wanita sebagai aspirasi membentuk kekuatan keluarga,β katanya.
Program turut diserikan dengan penyertaan pelbagai pameran serta perkhidmatan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan lain-lain bagi memudahkan akses kepada masyarakat setempat.
Turut hadir Ketua Polis Balai Batu Pahat ASP Maimunah Sujak.
-ZS-