
Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)
SETIA ALAM, 28 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Selangor sedang mempertimbang untuk mengharamkan penjualan produk vape atau rokok elektronik, selepas statistik menunjukkan peningkatan mendadak penggunaannya dalam kalangan remaja.
Bapa kepada empat orang anak Mohd Mokhzani Mohd Mokhtar, 45, bersetuju dengan langkah kerajaan mempertimbangkan pengharaman tersebut di Selangor.
“Seperti yang kita tahu, banyak kesan negatif menghisap vape ini antaranya boleh menyebabkan keradangan paru-paru.
“Sekarang ini, pelbagai perisa vape terdapat di pasaran dan yang terbaru perisa cendawan yang membawa kesan halusinasi dan boleh menyebabkan remaja suka menyendiri,” katanya yang ditemui di Setia Alam, semalam.

Yusnaiza, ibu kepada anak lelaki berumur di antara 12 hingga 16 tahun menyatakan sokongan padu terhadap hasrat kerajaan negeri untuk melarang penjualan rokok elektronik di Selangor.
Mokhtar juga menegaskan trend menghisap rokok elektronik bukan sahaja melibatkan remaja lelaki, malah remaja perempuan juga tidak terkecuali, ini menuntut tindakan segera untuk melindungi kesihatan mereka.
“Sebagai rakyat, saya faham kesannya kepada ekonomi, tetapi saya percaya kerajaaan negeri akan mengambil langkah yang terbaik bagi menangani isu ini kerana apa yang lebih penting adalah kesihatan awam terutamanya melibatkan generasi muda,” katanya.
Sementara itu, seorang ibu kepada tiga orang anak lelaki, Yusnaiza Noor Mohd Yosoff, 44, menyatakan sokongan padu terhadap hasrat kerajaan negeri untuk melarang penjualan rokok elektronik di negeri ini.
“Saya memang sokong 100 peratus langkah kerajaan untuk mengharamkan penjualan vape di Selangor sebab saya risau anak-anak remaja kita mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan iklan yang dipaparkan tanpa sedar bahayanya menghisap vape kepada kesihatan, “ katanya.
Yusnaiza turut menyokong usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor baru-baru ini yang merampas dan menyita iklan berkaitan rokok elektronik di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital atau LED.
Beliau yang ditemu bual di sini semalam berharap, kerajaan negeri mempercepatkan pengharaman penjualan rokok elektronik bagi melindungi rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman kesihatan yang semakin membimbangkan.
-ZS-