
Laporan/foto: Zayana Isa/Hafiz Khairon (Pahang)
KUANTAN, 2 Mei (MalaysiaAktif) – “Ikan masin Pak Long dah sampai ke Mekah.”

Cuaca panas ketika ini memudahkan proses mengeringkan ikan
Begitulah seloroh Pak Long atau nama sebenarnya Zaid Alip, 70, sewaktu menceritakan perusahaan kecil-kecilan ikan masin yang diusahakan di kediamannya.
Pak Long yang juga merupakan seorang nelayan dari Kampung Cempaka memberitahu ikan masinnya itu telah sampai ke Mekah dan Dubai yang dibawa oleh pelanggannya.
“Pelanggan Pak Long merupakan seorang mutawif umrah, jadi beliau membawa ikan masin yang dibeli dari Pak Long sebagai bekalan di sana,” ujar Pak Long ketika ditemui Malaysia Aktif di program JIWA@Komuniti MADANI di sini, semalam.
Antara ikan yang digunakan untuk membuat ikan masin adalah ikan gelama dan ikan bakap.
-AA-