Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jambatan Bailey Kampung Pasir Kini Dibuka

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azhar Mat Isa/Tamarriman Zaharuddin (Muallim)

SLIM RIVER, 30 Mei (MalaysiaAktif) – Jambatan Bailey Kampung Pasir, di sini kini dibuka untuk digunakan oleh semua jenis kenderaan ringan.

Jambatan Bailey Kampung Pasir.

Menurut Jurutera Daerah Muallim Ir. Yussaime Ahmad Yusuf, jambatan sementara ini menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat tragedi kepala air pada 23 Ogos 2024 dan telah disiapkan dalam tempoh empat bulan oleh kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak.

“Jambatan ini adalah sepanjang 34 meter dan berkelebaran 6.2 meter merupakan jambatan selorong dua hala dengan had muatan kenderaan yang dibenarkan adalah 10 tan,” ujarnya.

Upacara memotong riben tanda perasmian jambatan tersebut.

Perasmian Jambatan Bailey Kampung Pasir telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Salina Samsuddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda