Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Jambatan Batang Rajang Penghubung Utama Jaringan Infrastruktur Sarikei–Lembah Rajang

By 48 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Nor Hidayah Ismail /Mohammad Aszary IIskandar bin Suhai (Sarawak)

BINTANGOR, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Jambatan Batang Rajang sepanjang 1,440 meter yang menghubungkan Jalan Pasi, Sarikei dan Jalan Tanjung Manis/Sibu kini menjadi nadi baharu dalam jaringan pembangunan infrastruktur Sarawak, khususnya di kawasan Sarikei dan Lembah Rajang.

Abang Jo bersedia memulakan konvoi bermotosikal ke Tanjung Manis semalam.

Dengan siapnya jambatan ini, jarak perjalanan dari Bandar Sarikei ke Tanjung Manis dapat dipendekkan dengan ketara, sekali gus memperkukuh hubungan ke kawasan-kawasan sekitar termasuk Pulau Bruit.

Jaringan jalan yang dihubungkan oleh jambatan ini turut membuka laluan baharu untuk pemasaran aset pelancongan di Tanjung Manis serta produk tempatan dari sekitar Lembah Rajang untuk dipasarkan ke seluruh Sarawak.

Sida Bi (kanan) bersama wakil jabatan persekutuan Sarikei, sokong pengukuhan jaringan ekonomi.

Menurut Pegawai Jabatan Tenaga Kerja, Sida Bi, 46, pembinaan jambatan ini membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat kerana ia memudahkan pengedaran hasil laut dari Tanjung Manis dan Pulau Bruit ke Sarikei dan Kuching.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti, Demetria Lisa Benet, 27, meluahkan rasa kagum terhadap visi Premier Sarawak serta komitmen kerajaan negeri dalam pembangunan infrastruktur yang menyeluruh.

“Siapa sangka, dengan siapnya Jambatan Batang Rajang ini, jarak perjalanan ke Tanjung Manis dari Bandar Sarikei benar-benar singkat, berbanding sebelum ini yang perlu melalui Sibu,” ujarnya semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda