Skip to main content
Berita Tempatan

JIWA@Komuniti MADANI Telang Usan Perkukuh Silaturahim dan Semangat Perpaduan

By 1 hari yang lalu22 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

LONG LAMA, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan Telang Usan yang berlangsung di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama berjaya menghimpunkan komuniti setempat dalam usaha mempererat silaturahim dan menyemarakkan semangat perpaduan demi kesejahteraan bersama.

David Yeo wakil kepada Anyi Ngau, merasmikan Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan Telang Usan di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama di sini kelmarin.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara Komuniti MADANI Long Lama, Komuniti MADANI Uma Akeh, Komuniti MADANI Long Laput dan Pejabat Penerangan Daerah Telang Usan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pemuda PDP Nasional, David Yeo Ang Lim, yang mewakili Ahli Parlimen P220 Baram, Dato Anyi Ngau. Dato Anyi turut menyumbang sebanyak RM15,000 sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif komuniti ini.

Dalam ucapannya, David Yeo menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan menekankan kepentingan meneruskan program seumpama ini sebagai platform pemerkasaan komuniti, seiring aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai perpaduan, keterangkuman dan kesejahteraan bersama.

Pameran kraftangan oleh usahawan Komuniti MADANI Long Laput menampilkan hasil kreativiti tempatan yang unik dan berdaya saing.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan, termasuk Pertandingan Memasak Komuniti MADANI, Pondok Paling Kreatif, cabutan tiket bertuah, serta pameran kraftangan oleh penduduk tempatan.

Program ini juga memberi ruang kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan secara langsung kepada masyarakat setempat. Ini sejajar dengan usaha memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi.

-RJ-

Tinggalkan komen anda