Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

JKNT Perkasa Gaya Hidup Sihat Penjawat Awam Terengganu

By 29 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Komitmen Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam memperkasa kesedaran kesihatan dalam kalangan penjawat awam diterjemahkan menerusi penganjuran Karnival Cakna Sihat Penjawat Awam Terengganu yang melabuhkan tirainya kelmarin dengan kehadiran lebih 600 peserta.

Pengarah JKNT menekankan peranan penjawat awam sebagai ejen perubahan dalam memupuk gaya hidup sihat

Menurut Pengarah JKNT Datuk Dr. Kasemani Embong, pelbagai pendekatan berterusan sedang dan akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan gaya hidup sihat dan kepentingan mendapatkan rawatan serta ubat-ubatan yang sah.

“Kesedaran kesihatan perlu bermula dari tempat kerja dan penjawat awam adalah ejen perubahan terbaik dalam masyarakat. Jika penjawat awam cakna kesihatan, mereka akan bawa nilai ini ke rumah dan komuniti mereka,” ujarnya.

Antara sudut pameran kesihatan yang menarik perhatian peserta, mempamerkan info berguna berkaitan kesihatan

Salah satu sesi yang mencerminkan fokus JKNT terhadap isu semasa ialah kempen TOBaTS (Tolak Ubat Tidak Sah) oleh Nur Aqilah Abdul Rahman dari Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Selangor.

Beliau menyeru semua agar menjauhi pembelian ubat tiruan yang semakin berleluasa, terutamanya melalui dalam talian.

Selain itu, forum Terpaling Beli Online membongkar risiko pembelian ubat tidak sah dan mendidik peserta tentang cara mengenal pasti ubat berdaftar melalui label sah KKM.

Karnival selama tiga hari ini bukan sekadar acara, tetapi salah satu langkah strategik JKNT dalam usaha membentuk rakyat Terengganu yang sihat secara menyeluruh fizikal, mental dan sosial.

-AA-

Tinggalkan komen anda