
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)
KUANTAN, 31 Mei (MalaysiaAktif) – Produk yang dijualnya bukan hanya untuk mengaut keuntungan, malah niatnya adalah untuk membawa nama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang disertainya.

Nor Suzana juga berpeluang membuat penjenamaan semula produk biskut kacangnya.
Begitulah cerita Nor Suzana Abdullah, 37, seorang pengusaha biskut kacang dari Maran yang ditemui di gerai pameran sempena Sambutan Jubli Emas Rukun Tetangga, di sini semalam.
“Sambil saya berniaga mempromosikan produk yang saya jual ini, saya juga membawa nama KRT saya iaitu KRT Sri Kekwa Jengka 5,” katanya kepada Malaysia Aktif.
Ujar Nor Suzana lagi, beliau turut mendapat bantuan bagi mengembangkan perniagaannya ini.
“Saya ada terima bantuan daripada Jabatan Pertanian dan juga FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) serta daripada SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia).
“Saya dapat bantuan sebanyak RM10,000 daripada SIRIM untuk penjenamaan senula produk, logo produk dan kandungan nutrisi produk,” katanya.
Nor Suzana turut berkongsikan kebaikan menyertai KRT selain dapat mengtengahkan produknya, beliau juga dapat bekerjasama dengan pelanggan yang ingin membuat tempahan hamper dan sebagainya.
-ZS-