
Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip/Bustan Made Aming (Tawau)
TAWAU, 19 Mei (MalaysiaAktif) â Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tawau 2025 berlangsung meriah dengan tema âKaamatan Untuk Semuaâ, âKaamatan For Allâ dan âKaamatan Montok Toinsananâ yang mencerminkan penyatuan pelbagai etnik dan budaya di Sabah.

Gelord dan Lo (kanan) ketika melakukan gimik perasmian menuai padi, menandakan pembukaan rasmi acara Pesta Kaamatan di Tawau, kelmarin.
Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.190 Tawau, Datuk Lo Su Fui yang menyifatkan pesta berkenaan sebagai jambatan keharmonian masyarakat majmuk.
âPesta Kaamatan adalah langkah penting untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negeri dan negara kita.
âSaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Tawau dan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) atas penganjuran ini,â katanya ketika merasmikan program tersebut di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana merangkap Penyelaras KDCA Bahagian Tawau, Gelord Emol, berkata sambutan luar biasa masyarakat menunjukkan semangat perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk.

Mercy dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Peringkat Perbandaran Tawau 2025.
âKita gembira melihat kehadiran ramai pengunjung serta penglibatan lebih 10,000 anak-anak Dusun di kawasan ini. Ini jelas menunjukkan semangat sebenar âKaamatan Untuk Semua,â ujarnya.
âTema kali ini iaitu âKaamatan Untuk Semuaâ, âKaamatan Montok Toinsananâ, dan âKaamatan For Allâ membawa maksud pesta ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira suku bangsa atau agama. Pesta ini sepatutnya diraikan bersama-sama, itulah harapan kita,âjelasnya.
Kemuncak acara menyaksikan Mercy Steffie Wong dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Peringkat Perbandaran Tawau 2025, menewaskan tujuh peserta lain dan berpeluang mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri.
Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.71 Tanjung Batu, Datuk Saharuddin Salleh, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.69 Sri Tanjong, Fung Len Fui.
-RJ-