Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Karnival Kita MADANI Perkukuh Hubungan Rakyat dan Kerajaan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Karnival Kita MADANI Negeri Johor yang berlangsung di PPR Sri Stulang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terus kepada rakyat secara santai dan mesra komuniti.

Nie Ching berkata karnival ini juga sebagai platform promosi kepada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2025 di Toppen Shopping Mall,Ā JohorĀ Bahru

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata program ini merupakan kesinambungan inisiatif MADANI Rakyat yang memfokuskan penyampaian maklumat mengenai dasar kerajaan serta pelbagai perkhidmatan seperti saringan kesihatan, nasihat pengguna, keselamatan siber dan kempen kesedaran awam.

ā€œKarnival ini memberi peluang kepada rakyat memahami dasar serta perkhidmatan kerajaan secara langsung, di samping membantu mereka yang memerlukan nasihat atau bantuan,ā€ katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI x Program MADANI Rakyat (PMR) Negeri Johor, kelmarin.

Orang ramai berpeluang membeli barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan menerusi Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Karnival Kita MADANI

Tambah Nie Ching, antara pengisian menarik yang turut diadakan termasuk Kempen Internet Selamat (KIS) dan advokasi anti-scam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selain penyediaan saringan kesihatan asas kepada komuniti setempat.

ā€œProgram ini juga menjadi platform promosi kepada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Mei 2025 di Toppen Shopping Mall, Johor Bahru.

ā€œPMR 2025 akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Mei, jam 3.00 petang dan akan menghimpunkan lebih banyak agensi serta pengisian berskala besar untuk seluruh warga Johor,ā€ katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Julina Johan, Pegawai Daerah Johor Bahru Mohd Masni Wakiman, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Stulang Andrew Chen Kah Eng.

-AA-

Tinggalkan komen anda